expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 12, 2020

Puas hati menginap di Promenade Suite, Tamara Residence, Ayer8, Putrajaya


Salam sejahtera semua! Ini adalah entri yang tertangguh lama dalam draft blog KM7. Berkisar tentang percutian kami ke Putrajaya pada hujung tahun 2019. Saya siarkan juga kerana sayangkan gambar-gambar yang boleh dijadikan rujukan pembaca semua. Entri ini saya penuhkan dengan gambar-gambar tempat penginapan kami semasa berada di Putrajaya, Promenade Suite, Tamara Residence, Ayer8, Putrajaya.



Saya tempah suite ini melalui Booking.com. Harga mungkin berbeza mengikut tarikh menginap. Masa kami menginap dulu musim cuti sekolah, bayaran dikenakan RM318 semalaman. Sangat berpuas hati dengan Promenade Suite ini. Mempunyai kawalan keselamatan yang ketat  bermula dari pintu masuk utama sehinggalah ke bangunan kediaman. Suitenya kemas, bersih dan selesa untuk kami sekeluarga.



Ruang yang kemas dan selesa. Disediakan astro dan wifi.



Bilik tidur yang selesa





Ruang makan



 Pemandangan dari tingkat 16 Suite penginapan kami.


 

Suite ini terdiri daripada 3 bilik tidur, 2 bilik mandi.
Berhadapan dengan pemandangan tasik dan bandar.



Dapur pun ada bagi yang ingin memasak.
Kami tak sempat memasak pun, makan kat restoran atau bungkus saja.




Bolehlah tengok kediaman mewah di Putrajaya



Bilik air yang bersih dan kemas




Ada juga kolam untuk anak-anak mandi




Kalau ke Putrajaya lagi, in sha Allah boleh menginap di sini lagi.


2 comments:

  1. Ruang dalaman suite cantik dan selesa...
    InsyaAllah boleh menginap juga di sini bawa keluarga..hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.