KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, December 26, 2019

TRIP KUALA LUMPUR 2019: Batu Caves dan Saujana Utama, Sungai Buloh


Hari pertama ni kami jalan2 di Batu Caves, sebab dekat dengan Selayang. Cuaca mendung, kadang2 hujan renyai2. Nak masuk ke sini, 3 kali terlepas pintu utama, kena pusing lagi. Haha.. Maklumlah banyak sangat kenderaan termasuk bas pelancong depan pintu utama tunggu giliran nak masuk. Nak masuk ke sini kena bayar parking RM2. Jangan bimbang pasal parking sebab tempat parkingnya luas. 




Apa yang menarik kat sini? Bagi penganut Hindu, ini tempat suci keagamaan mereka. Bagi pelancong termasuk kami, dapatlah melihat patung besar tu, termasuk 272 anak tangga yang dicat baru tu. Masing2 tak lepaskan peluang merakam gambar sendiri. 



Kami sekadar tengok jer tangga2 tu. Nak panjat macam tak ada kudrat. Kali pertama saya panjat semua anak tangga tu masa lawatan sekolah zaman budak2 dulu. Haha. 



Ini kuil yang terdapat di sana. 




Habis sesi lawatan ke Batu Caves, kami bergerak ke Sungai Buloh. Buat apa ke sana? Haaa kali ni kita pergi melawat abang ipar yang menetap di Saujana Utama. Lepas tol, singgah beli dan makan Putu Bambu World. Sedap juga makan masa hujan2 ni. 



OK dipendekkan cerita, dah sampai di Saujana Utama, Sungai Buloh. Wah special betul tuan rumah sediakan menu untuk kami. Sup gear box, keli bakar, kerabu dan daging masak apa entah. Hehe maaf tak ingat pula namanya. 



Selesai makan dan rehat, dah pukul 6 petang. Hujan masih turun renyai2. Minta diri dulu, terima kasih atas layanan yang diberikan. Kami bercadang untuk pergi Jalan2 ke satu tempat lagi malam ni. Ke mana? Nanti saya ceritakan dalam entri akan datang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.