expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, December 28, 2019

TRIP KUALA LUMPUR 2019: KL TOWER


Hari kedua percutian, kami bercadang nak ke KL Tower. Sebelum ke sana kita isi perut dulu. Jadi kami singgah makan nasi kandar kat Restoran Ibrahim Maju, Taman Amanah, Selayang. Wah pagi2 pun dah banyak lauk pilihan. 




Tengoklah pinggan yang banyak lauk tu, puan isteri punya. Saya dan anak2 makan ayam goreng jer!. Tak minat pun nasi kandar ni, biarpun dulu belajar kat Pulau Pinang selama 4 tahun. Jom teruskan perjalanan. 



OK dah sampai KL Tower kat Bukit Nanas Kuala Lumpur. Ambil tiket dulu. Harga tiket untuk naik ke semua dek RM75 bagi dewasa, manakala RM39 bagi kanak2. Ada sedikit diskaun bagi birthday Disember. 



Kami naik ke Sky Deck dulu. Dapat lihat pemandangan Kuala Lumpur secara terus, sambil terasa kedinginan hembusan angin. 



Satu tempat lagi yang kita boleh jejaki apabila berada di Sky Deck ini ialah Sky Box. Kita boleh bergambar di atas lantai kaca,apabila nombor giliran dipanggil. Tunggu punya tunggu lebih satu jam, hujan turun. Dahlah giliran kami dah dekat untuk dipanggil. Huhu. Takde rezeki untuk masuk ke Sky Box. 




Kat sini semua tidak melepaskan peluang untuk berselfie. Yer lah bukan selalu boleh naik, kecuali kalau nak bayar tiket semula. 



Ini situasi semasa di Sky Deck. Kita boleh jalan2 sekeliling menara ini untuk melihat pemandangan. 



Langit dah gelap. Kalau cuaca terang, jarak penglihatan lebih jauh. Hujan dah turun, semua pengunjung diarah turun ke Observation Deck. 



Keadaan dalam Observation Deck, kita dapat lihat ke luar juga, tapi kalau dah hujan lebat, nampak awan sajalah. Di sini tidak perlu risau pasal hujan panas, boleh juga melihat pemandangan menggunakan teropong yang disediakan. Bagi yang ingin ke deck ini saja, tiket dewasa cuma RM33 dan kanak2 RM33.

Hujan makin lebat, jadi kami turun saja ke bawah. Pihak KL Tower benarkan pengunjung yang dah bayar tiket ke Sky Deck tapi tak sempat ke sana  termasuk Sky Box kerana hujan untuk datang pada hari2 berikutnya dalam masa seminggu. Kami rasa mungkin tak ulang ke sana buat masa ni kot. Dah petang jadi kami keluar jer dari sana.

1 comment:

  1. Wah! dah sampai ke KL Tower. Ni lah tempat saya membesar mengenal erti sebenar sebuah kehidupan sebagai seorang pekerja. 1998-2010 (memori terpahat di sana)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.