KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, December 26, 2019

TRIP KUALA LUMPUR 2019: Pertama Complex dan SOGO


Selesai berkunjung ke rumah saudara di Sungai Buloh, kami bercadang untuk bersiar-siar di Kuala Lumpur. Yer lah kan.. nak tengok suasana malam di kota raya. Cadangan awal nak ke pasar malam Jalan TAR atau Dataran Merdeka, tapi ke lain pula jadinya. Maklum saja, tak tahu jalan nak ke sana, asyik silap jer guna google maps ni. Banyak jalan sedang dalam pembinaan, tak boleh nak ikut maps. 




Akhirnya kami sampai ke SOGO. Lucunya 3 kali pusing cari pintu nak masuk parking bawah tanah, tak jumpa. Last2 jumpa pintu parking Pertama Complex. Haha.. jadi saya parking kat situ, kemudian berjalan ke SOGO. 



Habis semua tingkat kat SOGO kami naik. Meriah dengan hiasan untuk Krismas. Pengunjung pun ramai, tak tahulah apa yang dicari. 



Paling meriah tempat jual handbag. Macam2 jenama beg ada. Puan isteri saya juga tak melepaskan peluang tengok2 beg. Tengok saja ker? Ya.. tengok saja sebab sebanyak2 beg tu dia kata tak berkenan. Haha.. selamat. 



Dah penat window shopping, keluar jer lah. Kat luar ni pun ramai yang lepak2 santai malam minggu. Macam tak ada aktiviti pula diorang ni. 



Ambil gambar satu, bukti kehadiran!



Sementara nak ke tempat parking di Pertama Complex, laparlah pula. Maka tapau saja KFC. Sambil2 tunggu KFC nampak 2 orang ni sedang bermain muzik jalanan. Sangat berbeza di luar SOGO tadi yang ramai menonton baskers, kat sini lengang, cuma sesekali ada insan berhati mulia menghulurkan sumbangan.

Oklah, dah lewat malam, balik dulu. Esok nak berjalan ke mana lagi? Tunggu entri berikut ya.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.