Selepas hampir seharian di KL Tower, gigih saya mencari Suria KLCC. Bukan disebabkan namanya sama dengan nama puan isteri saya, tapi sajalah nak jalan2 sambil melihat panorama cahaya pada sebelah malamnya. Kesibukan trafik dan kali pertama memandu sendiri ke sana telah berjaya saya tempuhi. Sampai juga akhirnya.
Sebelum masuk, ambil gambar dulu sebagai tanda kami berjaya sampai ke sini. Haha.. Ramai sungguh manusia kat sini, maklumlah hari minggu.
Kebetulan musim perayaan Krismas, jadi banyaklah hiasan2 dan dekorasi berkaitan. Sekali tengok macam kat luar negara pula. Hilang identiti Malaysia.
Penat jalan2 kita rehat sekejap. Nak ke tandas boleh jer. Bayaran masuk ke tandas kat sini cuma RM2. Haha.. Mahalnya macamlah ada orang tolong cucikan.
Anak sulung saya tu sibuk nak beli beyblade kat Toys R us. Hasilnya dapatlah sebiji beyblade paling murah RM 45. Belilah nak.. alang2 dah sampai ni.
Kat luar Suria KLCC ni cukup cantik dengan pokok krismas gergasi ni. Di tambah pula dengan kerlipan lampu2. Ramai yang berkumpul kat sini untuk merakam gambar. Tak kurang juga penjual2 kanta atau lensa bagi merakam gambar melalui handphone sibuk mencari pelanggan. Saya juga terpedaya dan terbeli, padahal tak guna pun. Handphone saya dah cukup baik merakam gambar pada waktu malam. Dah beli baru perasan!
Saya suka view dan kualiti
gambar ni.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan pancutan air yang diserikan dengan cahaya berwarna-warni itu.
Puas menyaksikan panorama sebelah Suria KLCC ni, kami ke sebelah hadapan Menara Berkembar Petronas. Foto2 nya dalam entri berikut.
Dah lama tak pergi suria klcc dan kl juga
ReplyDelete