KOLEKSI ISTIMEWA

Friday, April 17, 2020

Beruntung Memiliki Sahabat yang Baik




🍍Assalamualaikum.
🍍Orang selalu berkata, mencari kawan lebih mudah daripada mencari sahabat. 
Betullah, sebab kawan kebanyakannya hadir semasa kita 
dalam kesenangan. Sedangkan sahabat itu 
sentiasa ada semasa senang mahupun sebaliknya.

🍍Bukan senang untuk mendapatkan sahabat sejati ini. 
Mungkin satu dalam seribu. Justeru, kalau sudah bertemu, 
hargailah dia demi sebuah persahabatan.

🍍Sahabat sejati akan selalu mendoakan 
kesejahteraan kita, biarpun tidak dipinta. Sungguh mulia hatinya.

🍍Untuk mendapatkan sahabat sejati, maka sewajarnya kita dulu 
yang menjadi sahabat kepada orang lain. Semoga suatu hari 
nanti ikatan persahabatan yang akrab ini mendapat keredaan Allah.

#kembaraminda7

2 comments:

  1. Untuk mendoakan kesejahteraan seseorang, seseorang itu pastinya sentiasa di hati dan dirindui

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Win-win situation. Marilah kita juga jadi sahabat yang baik kepada sahabat yang lain.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.