expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 20, 2020

Kisah Kita tidak Sama





🌈Assalamualaikum.
🌈Ada yang sedang termenung mengenangkan kisah lalu? 
Ya, sungguh indah apabila dikenang. Terasa ingin kembali ke saat itu semula.

🌈Hakikatnya, ia tetap dalam nostalgia kita. 
Mana mungkin kembali dalam situasi yang sama.
Sekadar menjenguk di alam fantasi, 
itupun kalau masih dikurniakan memori yang utuh.

🌈Setiap orang ada kisah sendiri untuk dikenang 
mahupun diceritakan semula. Lebih manis andainya kita 
dapat menjenguk semula tempat peristiwa dan 
orang-orang  yang pernah hadir dalam kisah kita itu.

🌈Jangan kuburkan kisah perjalanan hidup kita begitu saja. 
Bukan mudah untuk kita menjalani kisah hidup sepanjang usia ini. 
Ada suka dan duka, ketawa dan air mata serta penuh perjuangan 
menghadapi keperitan hidup.

🌈Biarkan kisah itu terus hidup bersama 
degupan jantung dan denyutan nadi. Biarlah orang lain 
tidak kisahpun dengan kisah kita!

#kembaraminda7

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.