KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, April 16, 2020

Maafkan Saja....




🤝Assalamualaikum.
🤝Sumpah! Bukan senang untuk memaafkan 
dan melupakan kesalahan atau kesilapan seseorang terhadap kita. 
Apatah lagi kalau ia memberi kesan kepada kehidupan kita.

🤝Kalau luka di tangan, boleh nampak darahnya. 
Kalau luka di hati, hanya Tuhan saja yang tahu.

🤝Sangat hebat seseorang yang dapat melupakan dan memberikan 
kemaafan kepada orang lain. Sungguh mulia hatinya.

🤝Setelah memaafkan, pasti hati akan menjadi tenang kerana tidak perlu 
menyerabutkan fikiran memikirkannya lagi. Sungguh mendamaikan.

🤝Biarpun susah, marilah kita cuba. 
Semoga hidup kita kekal tenang. Tiada guna berdendam kerana 
hidup di dunia ini sementara saja.

#kembaraminda7

2 comments:

  1. Benar semua tu. Perlu ambil masa untuk ubati dulu hati yang terluka, barulah memafkan itu lebih ikhlas. Akhirnya kita sedar juga tiada gunakanya menyimpan kedukaan. Maka, maafkan sajalah.

    ReplyDelete
  2. Sedangkan Allah menerima taubat hamba2nya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.