expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, April 26, 2020

Ramadan Datang Lagi




Assalamualaikum.
Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita semua dapat bertemu dengannya lagi tahun ini.

Sambutan Ramadan tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Ya, tak pernah lagi kita mengalami situasi sebegini. Tiada bazar Ramadan, tiada solat Jumaat, dan paling terasa tiada sunat tarawih di masjid.

Tabahlah hati. Bersedialah menerima perubahan cara hidup yang baru ditempuhi ini. Tentu banyak hikmahnya. Tuhan saja yang tahu.

Marilah sama-sama kita penuhi Ramadan ini dengan amalan-amalan yang berguna dan mendapat keberkatanNya. Kita tidak tahu apakah ini Ramadan terakhir kita? Lihat saja berapa ramai kenalan kita yang telah pergi sebelum sempat bertemu Ramadan kali ini.

Selamat mengerjakan ibadah puasa buat semua ahli group Kembara Minda 7. Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini.
Mohon jasa baik sahabat semua untuk invite sahabat-sahabat yang lain join group ini. Terima kasih.

#kembaraminda7

4 comments:

  1. Terima kasih sudi singgah.Salam Ramadan juga

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa...semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, kita jumpa jugak lagi ramadhan... walaupon kali ni, satu ramadhan yang tak pernah terfikir akan jadi macam ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.