expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 4, 2020

Bosan makan nasi, Jom buat Mee Sup


Dah bosan makan nasi masa berbuka? Jom saya cadangkan makan mee sup.Kami baru makan masa berbuka semalam. Buat sendiri di rumah. Nampak jer simple, tapi remeh juga penyediaannya. Jangan bimbang, berbaloi sediakan mee sup ni sebab sedap dan habis!



Nampak tu, satu periuk cukuplah untuk makan 5-6 orang. Termasuk kanak-kanak. 
Kalau dewasa, mungkin kena tambah lagi tu.



Ini pula supnya. Kita buat sup tulang. Harga tulang lembu sekarang ni RM24 se kg.
Manakala harga daging RM 28 se kg.



Tulang dan daging yang dah siap masak, tunggu untuk dipotong



Beberapa aksesori penyedap mee sup. 
Bawang goreng, ikan bilis, dan kacang goreng.
Daging,daun bawang, daun sup dan lobak. Terpulang kepada citarasa 
masing-masinglah nak letak apapun.



Yang ni mesti ada, sambal...pedas baru sedap!



Last sekali, sambal kicap. Kalau yang ni sedap, maka sedaplah mee sup anda. Eh yer ker? Sebenarnya kesedapan mee sup terletak kepada kepandaian mengolah dan sukatan yang betul semua bahan yang disediakan tadi. Paling penting, dimasak dengan penuh kasih sayang barulah sedap!

Ok, semua dah beres, jadi, bolehlah cuba.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.