expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 8, 2020

Buat Pizza sendiri, Tak sangka jadi besar!


Selalu kalau nak makan pizza, beli saja pizza hut ker, Dominos pizza ker ataupun pizza kat pasar malam. Kali ni kita buat sendirilah pula. Beli bahan-bahannya, proses saja di rumah. Tengoklah kejadiannya nanti macam mana yer!



Roti pizza tu pun dibuat sendiri. Sebab tu bentuknya empat segi. Kalau beli pizza kat kedai asyik bentuk bulat saja kan. Kali ni kita buat kelainan. Dahlah bentuk empat segi, penuh satu tray oven tu! Doh roti pizza tu asalnya macam gambar kat bawah ni. Penat mengulinya.




Letaklah apa saja kat atas roti pizza tu mengikut kesukaan sendiri. Cheese jangan lupa. lagi banyak lagi sedap pizza. Dah siap, boleh masuk dalam oven ya.



Tadaaa... inilah hasilnya, nampak besar gedabak kejadiannya. Macam ni baru puas makan pizza kan. Rasanya pun tak jauh beza dengan rasa pizza yang tersohor tu. Malah sedap lagi kot sebab sebab bahan-bahannya kita letak sendiri, tak kedekut.





Sukalah kau nak, dapat makan pizza besar. Boleh makan sepuas hati.
Abaikan rambut model yang panjang tu. Musim PKP tak boleh keluar potong rambut.


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.