KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, May 28, 2020

Pemegang Kad Kredit Teachers Card BSN sila Berhati-hati


Kepada pemegang kad kredit TC Mastercard Gold-I macam dalam gambar di atas tolong berhati-hati. Saya juga pemegang kad kredit tersebut. Baru-baru ini saya mendapat sms daripada BSN menyatakan ada baki tertunggak yang belum dibayar. Hairan juga sebab dah lama saya tak guna kad ini. Seingat saya, sekali saja guna kad kredit ini masa mula-mula dapat kad ini dahulu. Itupun saya dah jelaskan kesemua bayaran.



Saya semak bil bulan April, terkejut tengok jumlah penggunaan. Ada transaksi yang tak pernah saya buat. Jumlah yang bukan sedikit tu! Terus saya hubungi BSN dan buat laporan. Mereka akan buat siasatan dan sehingga entri ini ditulis, saya tak pasti apa statusnya lagi.



Pagi ini, puan isteri saya juga baru perasan yang kad kreditnya juga digunakan tanpa pengetahuan. Tarikh dan deskripsi hampir sama dengan kad kredit saya. Wah hebat sungguh ni! Kad ada dalam simpanan masing-masing, tidak digunakan, tiba-tiba jer dapat penyata minta bayarkan!





Sekarang ini asyik terima mesej daripada BSN minta bayarkan bil tertunggak. Perlukah saya bayar bil kad kredit yang saya tidak gunakan? Kepada anda yang memiliki kad kredit yang sama, eloklah semak penyata bulanan. Bagi yang jarang menggunakannya mungkin tidak menyemak penyata bulanan sehinggalah dapat mesej macam yang saya dapat. Saya sangat berharap masalah ini ada penyelesaiannya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.