Tuesday, May 5, 2020
Sayangilah Anak-anak Yatim
Assalamualaikum.
Tersentuh juga hati
tatkala membaca atau
menyaksikan kisah anak yatim.
Apatah lagi kalau
yang menjadi yatim itu
pada usia yang masih kecil.
Usia yang
mengharapkan peluk kasih ibu ayah.
Usia yang
mengharapkan tunjuk ajar ibu ayah.
Tuhan lebih tahu
mengapa si kecil itu dipisahkan
dengan ibu ayah.
Kita sendiri patut bersyukur
andai masih mampu bermanja
dengan ibu ayah,
saat rakan sebaya kita
hanya mampu menyimpan
sebuah hasrat yang tidak mungkin
menjadi kenyataan.
Kerana mana mungkin yang
telah pergi itu kembali lagi.
Tabahlah hatimu wahai si yatim.
Suratan Takdir telah tertulis,
itulah ujian buatmu.
Allah juga ingin menguji mereka
yang berada di sekelilingmu.
Adakah hak dan tanggungjawab
ke atasmu itu dilaksanakan sebaiknya atau sebaliknya.
Doa kami buat anak-anak yatim,
Tabahlah mengharungi hidup ini.
Lenyapkan kedukaan itu,
kerana
masih ada yang sayang padamu.
masih ada yang mengerti dukamu.
masih ada yang sudi membantumu.
Hidup perlu diteruskan.
#kembaraminda7
Labels:
Anak yatim,
km7quote
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.