expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 16, 2020

Kenapa Kucing-kucing Comel ini Meninggalkan Rumah Tuannya?



Ramai dalam kalangan masyarakat kita suka membela kucing sebagai haiwan peliharaan. Kami juga ada membela beberapa ekor kucing biasa di rumah. Paling banyak, 8 ekor dalam satu-satu masa. Kucing-kucing ini dibiarkan bebas, tanpa dikurung dalam sangkar khas. Ia tidak mengganggu jiran tetangga kerana jarak rumah kami jauh jugalah dari rumah jiran. 





Ini BLACK. Nama sempena bulunya yang hitam dan berbelang. Sekali tengok macam anak harimau. Nampak garang tapi manja. Menjadi kesayangan anak saya. Pernah diambil untuk dibela oleh seseorang, tetapi terpaksa dipulangkan kerana kesedihan anak saya yang terpaksa berpisah dengannya. Setelah beberapa lama di rumah, BLACK pergi tak kembali lagi. Bukan mati tapi keluar dari kawasan rumah dan tak pulang sehingga sekarang.



Dua beradik TOMI dan PUTIH ini juga sangat manja. Kedua-duanya juga sudah 'lari' dari rumah biarpun cukup makan minum di rumah ini. Kucing-kucing kami hanya masuk ke dalam rumah apabila pintu atau tingkap rumah dibuka. Kalau tidak, ia hanya berada di luar rumah. Merajukkah mereka?



Yang ini MILO, paling comel dengan kombinasi bulu putih dan coklat. Saya suka tengok mata birunya. Sangat manja dengan kami. Maklumlah sejak kecil lagi sudah menjadi kesayangan anak-anak kami. Kasih sayang yang cukup diberikan, namun akhirnya ia pergi juga menghilangkan diri.

Persoalannya, kenapa kucing-kucing ini 'lari' dari rumah?

Betullah kata orang, kucing-kucing jantan ini apabila sampai masanya, mereka akan pergi mencari pasangan. Ada yang balik semula dan ada yang terus kekal di tempat pasangan baharunya. Kucing-kucing kami memang tak pulang langsung. Sudah dapat pasangan, lupa terus rumah dan  tuannya.

Kalau kami bela dalam sangkar, mungkin perkara ini tidak akan terjadi. Tapi, biarlah, kucing-kucing ini perlukan kebebasan. Lagipun ia asalnya hanya kucing kampung, bukannya kucing yang bernilai ribuan ringgit. Bagaimanapun ada kalanya kami cukup terasa kehilangan mereka setelah sekian lama di rumah. Yang tinggal hanya gambar dan kenangan!



Yang ini boleh dikatakan adik bongsu setakat ini. Paling kecil antara 7 ekor yang masih kekal di rumah. Mungkin satu hari nanti ia juga akan pergi meninggalkan kami. Ramai juga yang meminta untuk membela si putih ini, tapi kami berat hati untuk melepaskannya. Biarlah ia kekal saja di rumah ini sebagai mainan anak-anak. Semoga kucing-kucing kami sentiasa sihat dan cergas.

6 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.