expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 20, 2020

Meraikan raya puasa 6 di akhir Syawal


Alhamdulillah di penghujung Syawal ini sempat juga habiskan puasa 6. Sebagai meraikannya, petang tadi sempatlah buat majlis makan-makan untuk keluarga. Bukan majlis sangat pun, sekadar makan petang santai di halaman rumah. 



Sebahagian ahli keluarga yang sempat datang tadi. 



Memang santai, makan pun di atas tangga rumah sambil menikmati angin petang. Tak sia-sialah tangga rumah sengaja dibuat besar, bolehlah makan-makan atau lepak di situ. 



Bagusnya, beratur menunggu giliran.







Inilah menu yang disediakan oleh puan isteri.  Semua home made. Menu utamanya chicken chop. 



Kek pula saya beli kat kedai, untuk kenangan Aidilfitri 2020. In sha Allah kalau panjang umur tahun hadapan kita beraya lagi. Semoga Covid-19 berlalu pergi dan kita semua diberi kesihatan yang baik olehNya. 

6 comments:

  1. Seronoknya dapat berkumpul keluarga :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat selesaikan puasa 6.
    Ibarat berpuasa setahun ganjarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Syukur diberi kesempatan mengerjakannya.

      Delete
  3. Alhamdulillah.. luas rumahnya, senang buat kenduri kendara dan majlis

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.