KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, July 16, 2020

Membeli bukan sekadar mendapatkan barang


"Bang beli colek pauh (mempelam) ni, RM 5 satu bekas" Saya ditegur oleh seorang budak lelaki semasa berjalan ke kereta. Dalam hati saya, budak  ni panggil abang kepada saya. Ingatkan nak panggil pakcik. Hehe..Terperasan pula! Jadi sebab rasa muda maka saya pun belilah colek pauh yang dijualnya. Penjual-penjual sila ingat, panggilan tu kadang-kadang boleh mempengaruhi mood pembeli.


Inilah colek pauh yang dijual. Tanpa berlengah saya terus makan dalam kereta. Sedaplah juga. Kira berbaloi dengan harga. Sebenarnya saya membelinya sebab nak bagi sokongan moral kepada budak ni. Budak berusia lingkungan  9 atau 10 tahun ini sudah ada rasa tanggungjawab untuk mencari wang saku sendiri. Ketika rakan-rakan yang lain leka dengan gajet, dia menghabiskan masa dengan menjaja colek buah.



Dari jauh saya perhatikan ada yang sudi membelinya. Itupun setelah beberapa kali dia mundar-mandir mencari pelanggan. Saya percaya, yang membelinya bukan sekadar ingin makan colek tersebut, tapi lebih dari itu, ingin membantu budak ini. Justeru kalau ada budak-budak yang menjaja, beli sajalah biarpun kita tidak berhajat untuk membeli barangan tersebut. Anggap saja untuk membantu. Ingatlah, dalam rezeki kita ada terselit rezeki orang lain juga.

4 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.