Setiap orang mengimpikan
kecemerlangan dalam hidup.
Tidak kiralah dalam apa juga
bidang yang diceburi,
kejayaan dan kecemerlangan
menjadi matlamat akhir.
Sebelum berjaya atau cemerlang
tanyalah diri sendiri,
adakah usaha dan
pengorbanan yang kita lakukan
itu sudah mencukupi?
Jangan hanya sekadar
hangat-hangat tahi ayam,
atau sekadar mengikut
rentak orang.
rentak orang.
Kecemerlangan itu bukan mudah.
Ia menuntut banyak usaha dan pengorbanan,
tidak terkecuali juga
keringat dan air mata.
Apatah lagi kalau kita
ini bukan siapa-siapa.
Justeru,
sangat penting tanyalah
diri sendiri dahulu,
mahu atau tidak kita
cemerlang?
Jika jawapannya 'ya'
maka haruslah diterjemahkan
dalam bentuk tindakan ke arah itu.
Percayalah,
ia sangat manis dan berbaloi
apabila terhasil daripada
usaha sendiri dengan
sokongan mereka yang memahami.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.