expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 21, 2020

Mengayuh basikal sehingga ke Beris Kubur Besar


Kali kedua mengayuh MTB ini saya bergerak jauh sedikit, sehinggalah ke Beris Kubur Besar, Bachok. Kayuhan solo pagi Jumaat ini sekadar santai-santai sambil menikmati keindahan alam sekitar. Sungguh menyegarkan apabila mengayuh basikal pada awal pagi. Angin pagi dan sinaran mentari pagi amat menyegarkan.




Kayuhan ini bukanlah dirancang awal, cuma kayuhan mengikut kemampuan diri. Selagi ada kemampuan tenaga, saya kayuh. Alhamdulillah, jarak melebihi 20km untuk kayuhan permulaan ini bolehlah dibanggakan. Hehe.. sekadar kata-kata perangsang untuk diri sendiri.

Jadi dalam entri ini saya sertakan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti berbasikal solo saya kali ini.



Masjid Al-Akhdhar, Kampung Teluk Kemunting, Tawang, Bachok.




Masjid Al-Abrar, Mukim Pauh Sembilan, Tawang, Bachok



Pilih laluan...



Antara kelebihan mengayuh basikal, bolehlah singgah di mana-mana
tempat untuk merakam pemandangan yang indah.



In sha Allah, jika diberi kesihatan yang baik untuk berkayuh lagi,
saya akan kongsikan gambar-gambar lain sekitar kayuhan.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.