Ini kali pertama kami singgah di restoran Alkathiri Kofee Kubang Kerian. Sebelum ini tengok dari luar saja sebab belum berkesempatan masuk. Pergi pun berdua saja dengan puan isteri.
Oder pun ikut terlintas saja. Tak tahulah apa yang special kat sini. Suasana dalam restoran ekslusif juga kalau nak makan sambil berbual-bual. Ramai juga student ipt dengan laptop. Maklumlah, WiFi percuma!
Kami tak lama kat dalam ni. Yer lah anak-anak tak bawa, jadi tak bolehlah lepak lama-lama. Lain pula dengan pasangan muda di sebelah kami yang boleh dating lama-lama.
Harga makanan kat sini kira standard la dengan restoran seumpamanya. Kalau nak jimat saya sarankan makan saja di gerai-gerai biasa di tepi jalan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.