Aktiviti berbasikal pada minggu lepas, baru nak post. Sibuk sangat minggu ni dengan segala kerja yang tak habis-habis. Kayuhan solo lagi ni di daerah Bachok. Memang seronok mengayuh basikal sebelah pagi. Jalan raya tak sibuk, udara yang disedut pun segar.
Pilih saja mahu ke mana
Saya singgah di satu tempat (maaf tak pasti nama tempat). Banyak bot nelayan berlabuh di sini, menarik untuk dirakam gambarnya. Inilah kelebihan mengayuh basikal, boleh berhenti di mana-mana untuk merakam gambar.
Sempat juga singgah di Kompleks Pendaratan Ikan Pengkalan Petah, Tawang, Bachok.
Ini Wat Phothikyan Phutthaktham. Saya cuba nak rakam gambar patung berdiri di Wat ini tapi banyak pula anjing yang menyalak melihat kehadiran saya. Sebelum dikejar anjing, baik saya cabut dulu!.
pernah lalu kawasan ni sbb nak umk bachok..:)
ReplyDeleteOh.. Umk
DeleteJauh jugak bergatih tu
ReplyDeleteBolehlah gatih slow2
Delete