Sesekali makan-makan bersama keluarga di tepi pantai memang mengasyikkan. Sambil makan, boleh menikmati keindahan pantai dan hembusan bayu petang. Kali ini kami menjamu selera sambil bersantai di Restoran Ombak Rindu, Pantai Kemayang, Tawang, Kelantan.
Tempat ini memang popular dalam kalangan masyarakat setempat. Tidak kurang juga menjadi pilihan bagi yang melancong ke Kelantan. Dibuka setiap hari dari jam 3 petang hingga 10 malam. Terdapat pelbagai menu untuk dicuba mengikut citarasa masing-masing.
Pilih saja untuk makan di mana.
Pelbagai reka bentuk tempat makan ada di sini.
Pantai yang mendamaikan.
Kepada yang ingin bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan,
bolehlah singgah ke sini.
Cantik suasana kat sana ya
ReplyDeleteYa cantik. Lebih menarik waktu malam dengan cahaya lampu dan bulan
DeleteAda resort ke kat tepi pantai ni tuan.
ReplyDeletesetakat ni belum ada
DeleteTempat memang cantik, makanan pun ok sedap. N boleh santai2 naik ATV.
ReplyDelete