KOLEKSI ISTIMEWA

Monday, September 28, 2020

Perancangan, Zaman Kanak-kanak, Suka

013 Perancangan itu perlu. Lama sangat merancang tidak akan menjadikannya kenyataan. Langkah pertama harus dimulakan untuk melihat hasilnya. Kalau tidak yakin, jangan mulakan. Kerap sangat tukar rancangan menjadikan seseorang itu tiada keyakinan diri. Sampai bila nak merancang?


014 Semua pernah melaluinya dan merinduinya. Andai masa dapat diputarkan kembali, ingin sekali lagi kita menikmatinya semula. Sesuatu yang mustahil dan tak akan berlaku di dunia nyata. Biarkan saja ia tersimpan erat di kotak kenangan  kita semua. Kita bawa bersama hingga ke akhir hayat kenangan yang tak ternilai harganya!



015 Lain orang lain caranya. Berhati-hati dalam percakapan atau perbuatan kerana tidak semua orang suka dengan cara kita. Begitu juga kita, ada juga tidak sependapat dengan orang lain. Perbezaan pendapat itu boleh saja asalkan tidak membawa kepada permusuhan. Kalau semua berfikiran terbuka, boleh selesai masalah. Kalau takut untuk dikritik, sila masuk gua!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.