expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 30, 2020

Setelah berjaya ramai yang mula mengenali

016 Sudah lumrah, semasa kita bukan siapa-siapa tiada yang peduli. Jatuh bangun kadang-kadang cuma sendirian. Apabila ada sinar kejayaan dan nama mula dikenali, barulah ada yang buka mata dan ambil peduli. Tatkala itu mungkin kita sudah tidak perlukan sokongan mereka yang pernah membenci. Jadi berusahalah sendiri untuk berjaya tanpa mengharapkan sokongan mereka yang tidak ikhlas.


017 Penat menerangkan sesuatu, orang nampak bosan. Itu tandanya mereka tidak tertarik dengan apa yang disampaikan. Mungkin minda mereka sudah ditetapkan untuk tidak bersetuju dengan perkara yang disampaikan. Benar sekali, orang memilih untuk mendengar apa yang mereka ingin dengar. Biarpun apa yang kita sampaikan itu penting dan akan memberi impak positif kepada mereka.



018 Bukan semua orang mampu memberikan sesuatu yang mahal kepada seseorang. Sebagai penerima pula, bersyukur dan berterima kasihlah atas sesuatu pemberian. Anggaplah pemberian itu sebagai tanda ingatan seseorang kepada kita. Biarpun kita sendiri mampu membeli yang lebih mahal atau lebih baik daripada itu. Hargailah pemberian orang!

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.