expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, October 31, 2020

Kenangan zaman kanak-kanak di rumah pusaka



Melangkah masuk ke rumah pusaka, menggamit kembali kenangan kita sekeluarga. Sangat  indah pada waktu itu dengan usikan gurau senda sesama kita.


Terasa sangat selesa dan penuh kedamaian biarpun ia sekadar ruang sempit dan serba kekurangan. Tiada perabot mewah, tiada hiasan mahal, bahkan tiada gajet dan Internet.


Namun kita bisa harungi zaman kanak-kanak itu dengan penuh keseronokan dan bermakna.


Hari ini rumah pusaka itu nampak suram. Tiada lagi anak-anak bergurau senda. Tiada lagi bebelan sayang  ibu. Tiada lagi nasihat bermakna ayah. Semuanya telah pergi bersama-sama perubahan zaman.


Apa yang tinggal hanyalah sebuah kenangan. Itupun jika ingin dikenang dan dirindui. Siapakah yang akan menjaga rumah pusaka ini? Mampukah ia bertahan lagi? Atau rebah menyembah bumi, membawa pergi semua kenangan zaman kanak-kanak kita.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.