expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, October 10, 2020

NOSTALGIA: Etak salai, jering rebus dan zaman sekolah rendah.

001 Pagi Jumaat makan etak. Macam2 perisa etak sekarang. Tahun 80an dulu sebungkus etak macam ni cuma 20 sen sebungkus.Sekarang dah RM2 sebungkus.Rindu zaman etak dijual oleh makcik2 yang datang menjual di rumah dengan menjunjung etak.


002 Jering rebus. Makanan yang saya rasa sangat sedap dimakan semasa kecil-kecil dulu. Makan dengan kelapa parut, sedap sangat.

Sekarang tak berapa suka makan jering ni. Mungkin banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan. Harganya murah saja. Sepinggan dalam gambar tu cuma RM2.



003 Gambar nostalgia tahun 70an. Masa ni saya darjah satu. Kami kena buat persembahan pakaian beragam mengikut kerjaya sempena hari ucapan dan penyampaian hadiah. 

Cuba teka saya jadi apa tu? Pegang lampu suluh lagi tu. Haha.. Jadi pengawal keselamatan, bukan main kemas lagi pakaian. Macam2 kerjaya kami peragakan, cikgu, doktor, nelayan, peragawati dll. Satu yang saya masih ingat, masa kawan yang jadi nelayan tu tebarkan pukat, terkena mikrofon kat bawah pentas. Haha..

Terima kasih cikgu2 Ku semua di sekolah rendah. Alfatihah kpd yang telah menjadi arwah.



4 comments:

  1. Replies
    1. Zaman tu susah nak bergambar, bukan macam sekarang.

      Delete
  2. Bilalah nak rasa makan etak.
    Jering rebus cecah kelapa parut memang sedap. Kalau ada gang makan sama bertambahlah sedapnya.

    ReplyDelete
  3. Kalau di Kelantan, etak banyak jer dijual di tepi jalan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.