KOLEKSI ISTIMEWA

Sunday, October 11, 2020

Sayangkan isteri jangan tinggal-tinggalkan, tapi belilah barang kemas, mesti suka!


Perempuan kalau dapat memiliki emas, memang suka. Lebih-lebih lagi kalau ia merupakan hadiah daripada suami, tunang atau sesiapa saja. Saya bukan tahu sangat pasal barang kemas atau emas ini. Sehinggalah suatu hari, puan isteri mengajak saya menemaninya untuk membeli gelang tangan. Alamak...berdebarlah pula, nak minta saya belanja ker?


Inilah kedai emas yang puan isteri dan saya kunjungi. Makmur Gold di Tunjong Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ini sudah beberapa kedai emas kami survey, tapi di sini macam ada jodoh pula. Biasa dengar iklan kedai emas ini dalam radio Suria FM. Kebetulannya saya memang gemar mendengar radio Suria FM. 

Alamak ramailah pula pelanggan. Mesti ada sesuatu yang istimewa  menyebabkan orang tak putus-putus mengunjunginya. Alang-alang sudah sampai, jadi kami pun tumpang beratur jugalah. Nasib baik disediakan kerusi, taklah penat kena berdiri.

Tiba giliran kami masuk, teruja juga tengok ramainya orang memilih dan membeli emas. Banyak duit betul mereka ni. Kami yang jarang-jarang masuk kedai emas inipun berhati-hati nak beli emas. Maklumlah kena kumpul duit dulu baru merasa memakai emas. Sekarang memang ramai yang mula celik tentang pelaburan dalam bentuk emas. Itu puan isteri saya yang cakap. Betullah kot.

Baru kami tahu Makmur Gold ini ada 4 cawangan, iaitu di Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Bandar Baru Bangi. Kedai emas ini berkonsepkan patuh syariah dan free upah. Oh patutlah ramai yang serbu!



Tadaaaa... kan dah kata, ada jodoh dengan kedai emas Makmur Gold ini. Jadi juga puan isteri saya membeli gelang tangan. Gelang tangan trend sekarang kot macam tu. Dia guna duit sendiri, jadi tak dapatlah saya nak belanja. Haha.. selamat duit saya! Tak tahulah berapa lama dia menyimpan untuk membeli gelang itu. Tak apalah, murah rezeki nanti saya belikan yang lain pula. Tolong doakan agar murah rezeki saya ya.

Kalau ada para suami, abang-abang, ibu-ibu, kakak-kakak atau adik manis yang nak membeli barang kemas di kedai Makmur Gold, tak kiralah di mana-mana cawangan, boleh KLIK SINI untuk mendapatkan diskaun bagi setiap pembelian. Memang berbaloi! 

Sekian cerita saya pasal gelang tangan emas. Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis. Belilah emas untuk simpanan jangka panjang. 


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.