Saya cukup teruja apabila melihat anak-anak bersalaman mencium tangan ibu bapa mereka. Tak kiralah untuk ke sekolah atau ke mana sahaja. Ahli keluarga yang saling berpelukan dan bermaafan pada pagi setiap kali menyambut hari raya juga memberi salah satu gambaran yang kita saling menghargai antara satu sama lain.
Tidak perlu menunggu hari perayaan, hari ulangtahun kelahiran, ulangtahun perkahwinan dan hari-hari istimewa sahaja untuk menunjukkan rasa sayang dan penghargaan kepada seseorang. Bila-bila masa pun boleh sahaja asalkan kita mahu lakukannya.
Kenapa perlu buat semua ini? Semestinya kehadiran seseorang itu cukup bermakna dalam hidup kita. Telah banyak kasih-sayang, pengorbanan dan perhatian yang telah mereka berikan kepada kita. Sebagai tanda penghargaan, sekurang-kurangnya berilah ucapan terima kasih. Kalau ada kemampuan, boleh saja kita berikan hadiah, dan mengadakan majlis keraian mengikut kemampuan.
Ramai dalam kalangan kita sekarang membuat kejutan sempena hari ulang tahun kelahiran mahupun ulangtahun perkahwinan. Baguslah, sebagai tanda ingatan dan penghargaan. Awas, jangan sampai ada yang terkena serangan jantung dek kejutan tadi.Hehe.
Ingatlah, semua ini kita lakukan semasa hayat mereka masih ada. Apabila mereka telah tiada, pergi buat selamanya, tidak bermakna lagi segala ucapan penghargaan. Kalau boleh, usah ditangguhkan untuk menghargai seseorang yang bermakna dalam hidup kita. Masa terus berlalu dan kita tidak tahu bila pengakhiran perjalanan hidup kita. Mungkin kita atau mereka yang tersayang akan pergi terlebih dahulu.
Sebarkan kebaikan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.