Kejadian ini di pantai Nami, Pantai Senok. Lama benar sudah tidak mengayuh basikal. Sejak PKPB dan musim hujan baru-baru ini, basikal itu berehat saja macam tuannya.
Sudah sampai di sini, macam biasalah mesti bergambar sebagai bukti kedatangan. Tenang dan mendamaikan suasana pada waktu pagi.
Yang ini singgah di kuala, tengok bot-bot nelayan. Kebetulan bot-bot nelayan baru sampai.
Jarak kayuhan kali ini lebih kurang 32 km sahaja. Sebab lama tak mengayuh, macam tak ada stamina pula. Tak apalah, kita kayuh santai sahaja.
Ada peluang nanti, saya mahu ke sini lagi. Haha..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.