expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 25, 2021

Adakah kita sudah mengenali hati budi kawan baik sendiri?


1. Kita semua mempunyai kawan, sama ada kawan biasa, kawan baik mahupun kawan yang sangat baik yang boleh digelar sebagai sahabat.

2. Sedar atau tidak, adakah kita betul-betul mengenali siapa kawan kita itu? Mengenali itu sekadar luaran atau sudah mengenali luar dan dalam hati budi, sikap dan perwatakan mereka.

3. Adat berkawan, pasti ada suka duka dan pelbagai dugaan yang boleh menguatkan lagi sebuah perhubungan atau jika badai yang melanda itu begitu kuat, boleh memutuskan sebuah persahabatan.

4. Sayang sekali andai hubungan baik dengan kawan-kawan itu terpaksa putus di tengah jalan akibat perkara yang remeh-temeh sahaja.

5. Sebaiknya kita jadilah kawan yang saling melengkapi, iaitu saling mengingatkan dan memberi semangat, bukannya saling menjatuhkan atau saling mengata di belakang kawan.

6. Jika ingin dihormati kawan, maka kita sendiri yang seharusnya memulakan dahulu menghormati dan berbuat kebaikan kepada kawan kita. Tidak rugi berbuat baik kepada kawan sendiri.

7. Apabila tiba satu masa, kita terpaksa berpisah dengan kawan lama, sama ada melanjutkan pelajaran, berpindah, berkahwin dan sebagainya, maka ingatlah bahawa mereka juga pernah wujud dalam kisah hidup kita dan sama-sama mencipta kenangan satu masa dahulu. Kawan baharu boleh dicari tetapi tidak sama dengan kawan lama. Hubungilah mereka bertanya khabar!

Semoga bermanfaat. Untuk mendapatkan notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.