expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 29, 2021

Melihat kesukaran sebagai cabaran bukannya masalah


Sebut sahaja pasal masalah, ia ada di mana-mana. Semakin jauh kita cuba lari daripada masalah, semakin banyak masalah lain yang datang. Tidak kira besar atau kecil sesuatu masalah itu, ia tetap mengganggu emosi dan perjalanan hidup seharian.

Sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan atau diselesaikan itu sememangnya menimbulkan rasa tidak puas hati dan kecewa. Apa kata kita cuba ubah sedikit persepsi dengan menganggap kesukaran itu sebagai cabaran dan bukannya masalah. Ia perlukan sedikit kekuatan emosi untuk menghadapinya. Jika tidak, sampai bila pun tidak ada penyelesaiannya. Lainlah kalau ada seseorang yang memahami dan cuba menyelesaikan masalah kita. Beruntunglah kalau ada!

Ada pendapat yang menyarankan supaya kita menghadapi sedikit demi sedikit cabaran atau masalah yang datang. Cuba selesaikan mengikut kemampuan dengan sumber yang mungkin terhad. Hasilnya mungkin lambat tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu menyelesaikan sesuatu kesukaran itu. Jangan terlalu gopoh atau drastik bertindak tanpa membuat perhitungan. Walau bagaimanapun, jika situasi terdesak dan memerlukan penyelesaian segera, ambillah langkah yang difikirkan wajar dan tidak memudaratkan semua pihak.

Kesimpulannya, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Penting untuk kita menghadapinya dengan tenang dan terbuka. Cabaran itulah yang menimbulkan tekanan dalam diri untuk bangkit menghadapinya. Cuma pastikan tidak terlalu kuat tekanan yang dihadapi agar tidak memudaratkan diri. Dalam situsi pandemik covid-19 dan segala bentuk PKP ini, bersabarlah dan rasional dalam setiap tindakan. Semoga kita semua dapat menjalani kehidupan ini dengan sejahtera.

Semoga bermanfaat. Untuk mendapatkan notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.



5 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.