expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 28, 2021

Membuat sate ayam dan nasi himpit sendiri di rumah


Musim PKP ini teringin nak makan sate dengan nasi himpit. Kalau dahulu, boleh makan di kedai makan atau restoran bersama keluarga, sekarang kena beli dan makan di rumah. Kali ini saya tunjukkan sate dan nasi himpit yang dibuat sendiri di rumah. Caranya mudah saja bagi yang rajin untuk menyediakannya. Saya sendiri pun pandai makan saja menu yang disiapkan oleh puan isteri ini.



Gambar ini menunjukkan sate dan nasi himpit yang telah siap dan sedia untuk dimakan. Sedap dan boleh makan sepuas hati sebab buat sendiri di rumah.




Ayam yang siap dicucuk pada penyucuk lidi itu perlu diperap seketika dengan rempah ratusnya. Kemudian bolehlah dibakar menggunakan dapur gas saja. Malas pula nak hidupkan dapur arang di luar rumah. Kalau bakar menggunakan dapur arang, aromanya lebih terasa.



Membuat nasi himpit sendiri mestilah ada kreativiti. Tengoklah, lesung batu pun berguna juga ketika ini. Nasi yang dimasak lembik itu dimasukkan ke dalam plastik dan ditindih dengan lesung batu. Masanya, terpulang kepada keadaan. Kalau sudah nampak keras bolehlah dipotong.



Inilah rupa bentuk nasi himpit yang sudah siap dipotong tadi. Sekarang sudah boleh dimakan bersama kuah kacang dan sate. Senang sahaja kan? Tapi lebih senang kalau kita beli saja di kedai. Jemput makan semua.

Semoga bermanfaat. Untuk notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.

7 comments:

  1. Elok rupa kejadian nasi himpit cara tradisional, mampat nasi tu berbeza sungguh dengan nasi himpit segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, menjadi dan nampak kemas.

      Delete
  2. Mak Syu pun buat nasi impit tindih dengan lesung batu😁hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... ada juga kegunaan lain lesung natu ni.

      Delete
  3. Sedap nya satay dgn nasi terhimpit batu lesung:D, Bole tak share resepi kuah kcg
    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.