expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 22, 2021

MTB Kootu di Pantai Nami, Menara Berkembar Petronas, dan Masjid Ar-Rahman


0001 MTB KOOTU DAN PANTAI NAMI

Foto pertama dalam koleksi foto istimewa saya ini, saya tampilkan basikal mountain bike di pantai Nami, Bachok. MTB Kootu milik saya sendiri ini sudah banyak berjasa membawa saya bersiar-siar sambil beriadah sekitar Bachok. Salah satu lokasi istimewa dan popular di Kelantan ini ialah pantai Senok atau lebih dikenali sebagai pantai Nami, mungkin disebabkan pantai ini terdapat banyak pokok ru, seolah-olah berada di pantai Nami Korea. Sangat cantik dan sesuai untuk photoshoot. Lagi koleksi foto boleh KLIK DI SINI atau KLIK DI SINI atau KLIK DI SINI .




0002 MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Menara berkembar Petronas atau Petronas Twin Towers di Kuala Lumpur, Malaysia ini antara bagunan tertinggi di dunia. Foto ini dirakam menggunakan handphone sendiri sahaja. Bukan senang juga untuk merakam gambar yang betul-betul dapat memuaskan hati sendiri pada waktu malam ini. Hasilnya, inilah foto yang menjadi kesayangan saya, sempena percutian kami sekeluarga ke Kuala Lumpur pada tahun 2019 dahulu. Kenangan semasa berkunjung ke Menara Berkembar Petronas ini boleh KLIK DI SINI.





 0003 MASJID AR-RAHMAN

Masjid Ar-Rahman ini terletak dalam Mukim Pulau Gajah, Kota Bharu, Kelantan. Saya berpeluang ke sana untuk melihat sendiri keunikan masjid dengan seni bina Melayu dan gabungan seni hiasan dari negara-negara seperti Yaman, Maghribi, Indonesia dan Turki. Masjid yang boleh menampung kira-kira 1000 jemaah ini dikelilingi sungai buatan dan pokok-pokok yang mendamaikan. Lagi foto dan keunikan masjid ini boleh KLIK DI SINI.



Semoga bermanfaat. Untuk notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila  KLIK DI SINI. Terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.