0010 Pensel warna
Suka pula saya dengan gambar pensel warna ini. Bukan main gigih lagi saya merakam gambar pensel warna yang disusun sebegitu. Setelah beberapa kali dirakam, inilah hasilnya. Cukuplah untuk memuaskan hati sendiri.
Pada mulanya, anak minta untuk menajamkan pensel warna tersebut. Nampak macam menarik pula sisa pensel yang ditajamkan itu. Jadi timbullah idea untuk merakam gambar ini.
Oh ya, bercakap pasal pensel warna atau pensel ini, ejaan yang mana satu betul dalam bahasa Melayu? pensel, pensil atau pencil? Kadang-kadang kita selalu juga tertukar ejaan yang betul sebab sebutannya hampir sama.
Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, ejaan yang betul ialah pensel. Menurut kamus ini, pensel bermaksud;
1. sejenis alat tulis daripada kayu kecil yang berisi terutamanya grafit, potlot.
2. berus (untuk melukis)
Beruntung anak-anak sekarang, pensel warna pun sudah ada bermacam-macam pilihan. Saya masih ingat, zaman saya bersekolah dulu hanya menggunakan pensel warna jenama LUNA yang ada 12 warna dalam satu kotak. Itupun jenis yang pendek.
Berbeza zaman sekarang, bukan sahaja ada banyak pilihan jenama, malah pensel warna juga bersaiz panjang dan berpuluh-puluh warna dalam satu set atau kotak yang cantik itu. Beruntung anak-anak sekarang. Cuma tidak ramai yang menjaganya dengan baik. Suka sangat sepahkan pensel warna apabila tidak digunakan.
Semoga bermanfaat. Untuk notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.
cantik! sy rasa sy pun pernah ambik gambar pensel warna mcam ni.. samalah situasinya tengah asahkan utk anak²... nnt sy nak cari lah.. ada kot sy post di ig
ReplyDeleteTerima kasih. sambil2 asahkan pensel warna, idea pun tiba-tiba datang...
Delete