Ramai yang mencari bahagia.
Andai sudah ditemui maka berbahagialah.
Sebaliknya jika belum menemui kebahagiaan,
apa kata kita melihat bahagia itu
dari dalam diri sendiri.
Cuba rasakan erti bahagia itu
dengan menerima seadanya diri sendiri
dan apa sahaja yang berada di sekeliling kita
tanpa banyak soal tidak puas hati.
Apabila kita dapat menerima
diri sendiri dan mereka yang berada di sekeliling kita
dengan seadanya, barulah hati terasa tenang
dan dapat menjalani kehidupan dengan damai.
Soal orang lain boleh menerima
kehadiran kita atau tidak, bukan masalahnya.
Yang penting, teruslah menjalani hidup ini
dengan penuh bermakna.
Bahagialah cara kita sendiri!
Semoga bermanfaat.
Notification update blog Kembaraminda7, sila KLIK DI SINI.
Terima kasih.
betul betul.. selalu orang kata bahagia itu sederhana.. bahagia itu kita yang cipta.. yg penting kita yg merasa apa itu bahagia cara kita
ReplyDeleteya. semoga semua mendapat kebahagiaan.
DeleteBahagia itu terletak pada hati. Kita akan bahagia jika kita beryukur :)
ReplyDeletesuka ayat ni. bahagia dengan cara sendiri. inshaallah :)
ReplyDeleteTerima kasih. Kan.... tak perlu bandingkan dengan orang lain.
Deletesinggah sebentar
ReplyDeleteterima kasih
Deletesetuju! ada pelbagai cara untuk bahagia. Kita cuma kena cari apa yang boleh buat kita bahagia, jawapannya ada dalam diri sendiri.
ReplyDelete