KOLEKSI ISTIMEWA

Friday, July 2, 2021

Covid-19 dan PKP belum berakhir, rindunya makan masakan kampung bersama keluarga


 0011 Menu masakan kampung

Belek-belek koleksi gambar lama saya, tertarik pula dengan satu gambar menu masakan kampung ini. Gambar ini saya rakam sewaktu makan tengahari di rumah ibu satu waktu dahulu. Pasti ramai yang rindukan suasana makan bersama-sama ahli keluarga, sanak-saudara mahupun teman-teman. Sudah lebih setahun kita semua tidak dapat menikmati suasana sebegitu dek pandemik Covid-19 ini.

Berbalik kepada foto di atas, bagi masyarakat Kelantan khususnya memang sudah biasa dengan menu sebegitu. Malah ada yang lebih hebat dan menarik lagi penyediaannya. Paling utama dan mesti tidak dilupakan di situ ialah budu. Orang Kelantan mesti kenal dan makan budu. Budu ialah sejenis pekasam ikan yang diperap hampir 6 bulan sebelum mendapat hasil yang baik. Sekarang terdapat pelbagai jenama budu yang dijual di pasaran. Ada yang dibotolkan dan terdapat juga yang dijual dalam bentuk tiub. Contoh budu yang dijual dalam bentuk tiub dan paket, boleh KLIK DI SINI. Jangan tertukar dengan tiub ubat gigi sudahlah. 

Selain itu ada ikan singgang. Boleh google sendiri, banyak juga perkongsian menu untuk menyediakan ikan singgang ini. Gulai siput, petai jeruk, ikan kering dan ulam-ulaman untuk dicicah dengan budu. Ulaman kacang botol pun sedap cicah dengan budu ini. Kalau kena caranya, makan nasi sepinggan pun tidak cukup. Sila KLIK DI SINI untuk mengenali pokok kacang botol. 

Apa yang menarik dengan menu ini ialah apabila ia dimakan beramai-ramai. Lebih bermakna kalau dapat makan di rumah ibu bapa kita sendiri. Itu dululah! Sebab anak-anak sekarang tidak ramai yang menggemari budu. Apatah lagi kalau disuruh makan ulam-ulaman dan sayur, mereka lebih rela makan nasi dengan ayam goreng sahaja.

Saya mencari-cari post tentang menu masakan kampung ini dalam blog ini. Manalah tahu mungkin saya pernah jadikan post dalam blog ini. Nasib baik, ada. Bagi yang ingin melihat post asal menu ini, boleh KLIK DI SINI.

Semoga bermanfaat. Untuk mendapatkan notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.



9 comments:

  1. Siput sedut ke tu? Lama tak makan.

    ReplyDelete
  2. RINDUUUNYA
    makan berhidang cam gini ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap pandemik ini berakhir dan bolehlah merentas daerah/negeri nanti supaya dapat makan ramai2 dengan keluarga.

      Delete
  3. Tengok gambar tu, memang terasa aroma kampung dan kemesraan keluarga makan bersama. Gambar yang kini jadi nostalgia dek pandemik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... tinggal kenangan. Harap dapat mengulanginya semula.

      Delete
  4. dah letak link dalam bloglist. =)
    sedapnya menu kampung..lama tak makan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.