expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 5, 2021

Keindahan Pulau Perhentian menggamit kenangan


 0012 Pulau Perhentian

Satu lagi koleksi foto kesayangan saya ialah foto di Pulau Perhentian ini. Foto ini dirakam menggunakan handphone semasa saya dan keluarga ke sana beberapa tahun dahulu. Tidak dinafikan, tempat ini memang cantik dan bersih, sesuai untuk bercuti menghilangkan stres.

Pulau Perhentian ini terletak di pantai timur semenanjung Malaysia. 108 kilometer dari Kuala Terengganu (satu jam setengah) dan 54 kilometer (satu jam) dari Kota Bharu, Kelantan. Kalau dari jeti Kuala Besut, akan mengambil masa 45 minit untuk ke sana menggunakan bot laju.

Pulau Perhentian yang terdiri daripada 2 buah pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil ini tidak asing lagi sebagai pulau percutian dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara. Namun, buat masa ini kita masih tidak boleh ke sana kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum berakhir.

Untuk menginap, tidak perlu risau kerana terdapat banyak resort dan chalet. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pakej 3 hari dua malam paling popular yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk camping, scuba diving, canoeing, fishing, jungle trekking, banana boat dan sebagainya. Pendek kata, banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini. 

Kepada yang ada kesempatan untuk ke sana, jangan lepaskan peluang. Anda tidak akan menyesal dengan keindahan panorama yang terdapat di sana. Saya kongsikan foto-foto lain semasa di sana dalam post terdahulu. Sila KLIK DI SINI.

Semoga bermanfaat. Untuk mendapatkan notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.



3 comments:

  1. rindu nak travel..cepatlah pulih wahai dunia

    ReplyDelete
  2. ya. ramai yg dah rindu nak travel..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya... Teringin nak ke sana.. moga covid ni cepat pergi. Rindu nak travel ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.