KOLEKSI ISTIMEWA

Saturday, July 10, 2021

Memangkas pokok bunga raya di halaman rumah


Aktiviti memangkas pokok bunga raya sudah bermula. Pokok di halaman ini sudah banyak berjasa. Hari-hari berbunga menghiasi halaman rumah. Kalau selalu berbunga kenapa mahu dipangkas pokoknya? Tidak lain dan tidak bukan supaya tumbuh pucuk-pucuk baharu.



Inilah pokok bunga raya yang memang sudah besar.



Bunga raya ini bertingkat dua. Cantik warnanya.



Pada mulanya sayang juga nak pangkas pokok ini sebab sedang berbunga dan 
putik bunganya pun banyak lagi.






Pokok menumpang ini senang saja menjalar dan melilit batang pokok bunga raya.


 
Inilah hasilnya, habis satu pokok saya pangkas. 
Harap-harap adalah pucuk baharu yang akan muncul nanti.



Banyak juga rantingnya. Rasanya kalau disemai, 
senang saja ranting ini  tumbuh.Tapi malaslah nak menyemainya 
sebab macam sudah tiada tempat untuk menanamnya nanti.



Tunggu sehari dua keringlah ranting-ranting ini,
bolehlah dibakar.



Sepohon lagi pokok bunga raya yang akan dipangkas. 
Kali ini giliran pokok bunga raya putih.



Maaflah, selfie dulu sebagai kenangan.



 Putik bunga raya putih, tak sempat berkembang hari ini kena pangkas.



Siap. Hampir gondol pokok ini. Saya tinggalkan satu ranting yang agak baharu tumbuh pucuknya. Harap-harap kedua-dua pokok bunga raya yang dipangkas ini akan segera tumbuh pucuk baharu dan merimbun nanti. Untuk melihat koleksi bunga raya di rumah saya, sila KLIK DI SINI.

Semoga bermanfaat. Kemaskini blog Kembaraminda7 di Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.


5 comments:

  1. Replies
    1. itulah... harap2 lepas ni akan lebih merimbun pokoknya.

      Delete
  2. Rajin betul buat outdoor activity. Mesti merimbun naik bunga raya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambil keluarkan peluh. harap2 begitulah.

      Delete
  3. Wah nanti bila dah merimbun mesti lagi cantik!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.