Memiliki halaman rumah yang luas memang menjadi impian kami sejak awal pembinaan rumah. Alhamdulillah, ia menjadi kenyataan. Bagaimanapun untuk menguruskan halaman tersebut bukanlah semudah melihatnya dalam sekeping gambar. Ia memerlukan masa dan tenaga untuk menyiapkannya. Hari ini saya telah siap memotong rumput di halaman rumah dan membersihkan rumput-rumput tersebut. Sekarang barulah nampak sedap mata memandang, sekurang-kurangnya untuk 2 minggu akan datang. Selepas itu, perkara yang sama perlu diulang untuk memastikan kekemasannya terjaga.
Pembersihan ini memerlukan masa sehari dua mengikut kudrat yang ada. Kalau memesin rumput sebelah petang, keesokannya barulah dibersihkan rumput-rumput tersebut. Mesin merah dalam gambar itu adalah mesin rumput kedua saya. Yang pertama dahulu, Rhinomex berwarna kuning boleh KLIK DI SINI untuk melihatnya. Sekarang mesin rumput kuning itu sudah rosak setelah lama juga berjasa.
Inilah antara peralatan yang digunakan untuk membersihkan halaman rumah. Masa melakukan aktiviti ini bolehlah ambil feeling jadi tukang kebun. Rumput-rumput perlu dikumpulkan terlebih dahulu menjadi tompokan-tompokan kecil. Penat juga kalau bekerja di bawah sinaran matahari. Kalau cuaca redup, kurang sedikit kepenatannya. Berpeluh juga dibuatnya. Tidak perlu buat senaman lain lagi untuk mengeluarkan peluh.
Kalau rumput sudah panjang baru hendak dimesin, alamatnya banyaklah tompokan rumput yang terhasil. Masa untuk menguruskannya juga lama. Jadi untuk memudahkan kerja, sebelum sampai 2 minggu saya akan mesin semula rumput di halaman. Itupun kalau rajin dan ada kudrat. Selalunya saya akan jadikan aktiviti ini sebagai salah bentuk senaman untuk mengeluarkan peluh.
Pokok-pokok bucida itupun sudah nampak besar. Kalau tahun 2016 dahulu, ia masih kecil. Sila KLIK DI SINI untuk melihat pokok-pokok dan halaman rumah saya 5 tahun yang lalu. Lucu pula tengok gambar-gambar dalam post yang lama itu. Pada masa tersebut kami belum lagi memasang tapak gajah di hadapan rumah.
Sekarang bolehlah berehat di bawah pohon-pohon bucida sambil menikmati hembusan angin petang sambil minum atau makan-makan. Anak-anak pula bolehlah berlari-lari di atas rumput itu. Meja batu itu sudah lama sangat usianya. Saya bercadang ingin membeli set meja batu yang baharu tetapi musim PKP ini tidak dibuat penghantaran. Tunggulah sebulan dua lagi.
Semoga bermanfaat. Untuk mendapatkan notification update blog Kembaraminda7 melalui channel Telegram, sila KLIK DI SINI. Terima kasih.
Betul tuan. musim sekarang kena sentiasa membersih halaman rumah untuk mencegah binatang berbisa datang ke rumah.. :)
ReplyDeleteya. kena luangkan masa tu
DeleteCantiknya rumah. Seronok tu ada halaman yang luas. bersih halamannya.Seronok duduk di rumah yang persekitarannya dipenuhi pokok pokok kehijauan.
ReplyDeleteTerima kasih. Alhamdulillah seadanya.
Deletealhamdulilah. cantik view rumah tu :)
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteKata-kata yang hebat
ReplyDeleteterima kasih
DeleteSubahanallah damainya melihat syurga anda, ya rumah ni syurga semasa di Dunia..Allah yang berikan kepada kita, kita diberi rahmat..berkat hidup..selalu lah jaga kebersihan..lafazkan syukur ya
ReplyDeleteTerima kasih. Alhamdulillah, syukur.
DeleteBestnya laman rumah besar!! Sejuk mata memandang. Cantik!!
ReplyDelete