Bersyukur kerana masih terdapat
Ramai yang sudi menghulurkan bantuan
dalam pelbagai bentuk kepada yang memerlukan.
Sebaliknya, berhati-hati juga menerima
pertolongan dan bantuan daripada mereka yang
tidak dikenali. Mungkin ada dalam kalangan
penghulur bantuan itu yang ada niat tersirat.
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Sangat bertuah jika bertemu
dengan seseorang yang ikhlas membantu
tanpa mengira siapa dan apa status kita.
Memberikan bantuan dan pertolongan tanpa
mngharapkan apa-apa balasan.
Ia mungkin satu daripada sepuluh yang datang.
Justeru, hargailah setiap
pemberian dan pertolongan yang dihulurkan.
Paling tidak pun, berterima kasih dan
kenanglah jasa baik seseorang kepada kita.
Sesekali, jadilah juga penyumbang
untuk membantu orang lain semampu dan seikhlasnya.
Semoga kita semua saling
membantu antara satu sama lain atas dasar
kasih-sayang, tanggungjawab dan
perikemanusiaan sesama kita.
Semoga bermanfaat. Untuk notification update blog Kembaraminda7
Sila KLIK DI SINI. Terima kasih.
Betul yg ikhlas nk membantu dh jarang dijumpai skrg ni. Kalau ada hargailah
ReplyDeleteterima kasih.
DeleteBukan senang nak jumpa orang yang betul2 ikhlas sekarang ni kan...
ReplyDelete