KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, July 8, 2021

Orang yang baik dan ikhlas membantu tidak selalu dijumpai


 Bersyukur kerana masih terdapat

orang-orang yang baik di sekeliling kita.

Ramai yang sudi menghulurkan bantuan

dalam pelbagai bentuk kepada yang memerlukan.


Sebaliknya, berhati-hati juga menerima

pertolongan dan bantuan daripada mereka yang

tidak dikenali. Mungkin ada dalam kalangan

penghulur bantuan itu yang ada niat tersirat.

Rambut sama hitam, hati lain-lain.


Sangat bertuah jika bertemu

dengan seseorang yang ikhlas membantu

tanpa mengira siapa dan apa status kita.

Memberikan bantuan dan pertolongan tanpa

mngharapkan apa-apa balasan.

Ia mungkin satu daripada sepuluh yang datang.


Justeru, hargailah setiap

pemberian dan pertolongan yang dihulurkan.

Paling tidak pun, berterima kasih dan

kenanglah jasa baik seseorang kepada kita.

Sesekali, jadilah juga penyumbang

untuk membantu orang lain semampu dan seikhlasnya.



Semoga kita semua saling

membantu antara satu sama lain atas dasar 

kasih-sayang, tanggungjawab dan 

perikemanusiaan sesama kita.


Semoga bermanfaat. Untuk notification update blog Kembaraminda7
Sila KLIK DI SINI. Terima kasih.









3 comments:

  1. Betul yg ikhlas nk membantu dh jarang dijumpai skrg ni. Kalau ada hargailah

    ReplyDelete
  2. Bukan senang nak jumpa orang yang betul2 ikhlas sekarang ni kan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.