Ada banyak kenangan dalam hidup kita. Kenangan pahit, manis, suka dan duka semuanya menjadi indah apabila dikenang semula. Mustahil untuk melupakan sesuatu kenangan itu selagi kita masih bernyawa dan sihat minda.
Selalunya kenangan akan muncul semula di ingatan apabila kita bersendirian dan berhadapan dengan situasi yang sama seperti yang pernah dilalui sebelum ini. Paling perit, apabila sesuatu yang tidak ingin diingati atau dikenang itu muncul semula di kotak minda. Mahu atau tidak, hadapi sajalah.
Sukar untuk menghalang memori lama daripada muncul semula. Semakin cuba dilupakan, ia semakin kerap mendekati. Biarkan sahaja, jangan menghukum sebuah kenangan yang sering menghantui diri. Ambillah ia sebagai sesuatu lumrah dalam kehidupan. Gambar atau catatan boleh saja kita buang daripada koleksi peribadi, tetapi kenangan, ia tetap kekal dalam ingatan. Hargailah sebuah kenangan!
itu la kenangan
ReplyDeletecantik nya gambar pemandangan
Betul..ada banyak kenangan dalam tirai hidup kita
ReplyDeleteKenangan lalu umpama baru berlalu, tetapi sebenarnya telah bertahun kita telah laluinya. Indahnya kenangan itu
ReplyDeletebetul tu, kadang2 kenangan dtg menggamit, ada yg sedih ada buat kita gelak
ReplyDeletekenangan adalah ingatan abadi.
ReplyDeleteSedih tak mudah ditampik
Salam kenal. Saya Blogger Indonesia. Hendak mampir baca-baca artikel di sini. Saya juga dah follow this blog. Thanks...