expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 19, 2022

Berlumba-lumbalah dalam melakukan hal-hal kebaikan

 


Ramai yang ingin membuat kebaikan. Masalahnya, ada-ada sahaja halangan dan dugaan untuk menjadikannya kenyataan. Selalu bertangguh, ejekan kawan malah ada yang tidak yakin untuk membuat kebaikan kerana bimbang dituduh mencari publisiti.

Sebenarnya ada banyak ruang dan peluang untuk membuat kebaikan. Apa yang penting, mahu atau tidak sahaja untuk melakukannya. Kalau kita yakin dengan apa yang dibuat itu betul dan memberi kebaikan kepada umum, teruskan sahaja. Kalau hendak mendengar komen dan ulasan masyarakat, ia tidak akan habis. Malah ada yang akan melunturkan terus semangat kita untuk membuat perkara-perkara kebaikan.

Ada juga dalam kalangan masyarakat yang mengkritik kebaikan yang dilakukan oleh sesetengah orang mungkin disebabkan mereka berasa dengki kerana tidak mampu berbuat sedemikian. Tidak dinafikan memang ada yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan yang dibuat, itu urusan dia dengan Tuhan. Selagi tidak bertentangan dengan agama dan norma kehidupan, apa salahnya kita memberi sokongan kepada kebaikan yang dilakukan.

Untuk membuat kebaikan, jangan tunggu ada masa, wang dan peluang. Perkara baik usah ditangguh-tangguhkan. Bimbang kalau tidak ada peluang lagi. Biar sedikit asalkan memberi manfaat kepada banyak pihak. Satu lagi, kebaikan itu biarlah ikhlas!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.