Setelah 17 tahun ditutup, Mini Zoo Kuala Krai kini dibuka semula. Mini Zoo Kuala Krai dengan berwajah baharu bakal menjadi tarikan kepada warga Kelantan khususnya dan para pelancong yang berkunjung ke Kuala Krai. Hari ini saya bersama-sama keluarga sempat ke sini untuk melihat dan merasai sendiri suasana di sini.
Sudah namanya mini zoo, jadi bilangan haiwan yang ada di sini pun agak terhad jumlahnya. Bagaimanapun, ia masih sesuai dilawati oleh pelbagai peringkat umur. Sambil melihat haiwan yang ada, bolehlah berekreasi bersama keluarga.
Awas! jangan cuba sentuh atau memberi makanan kepada haiwan di sini.
Sudut lukisan mural juga ada di sini. Bolehlah kalau ingin mengabadikan kenangan dengan lukisan mural yang cantik.
Tiket masuk ke Mini Zoo Kuala Krai bagi dewasa adalah RM10 manakala kanak-kanak (3 - 12 tahun) dan warga emas RM5. Bagi OKU pula, percuma. Sempena pembukaan, pengunjung boleh menukmati harga tiket promosi dewasa RM8 manakala kanak-kanak RM4 sehingga akhir Ogos.
Apa lagi, jomlah bawa ahli keluarga ke Mini Zoo Kuala Krai.
xpernah lagi sampai sini
ReplyDelete